Halaman

Selasa, 14 Oktober 2014

#DAY 5 : HOMEMADE RESEPI

PUDING BUAH BUAHAN

Selamat ptg semua.. Ptg ni boleh la buat pudding buah ni.. Minum ptg.. Senang saja cara2 dia.
Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan- Bahan 


1 kotak serbuk jeli puding jenama nona 
1 tin laici
1 tin fruit coctail
1 bekas nata decoco
1 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula



Cara-caranya

1. Masukkan semua Buah buahan seperti buah laici, buah cocktail, Dan NATA decoco ke dalam satu bekas asingkan air buah tersebut Dan ratakan.
2. Masukkan Air 450ml dan serbuk jeli ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih.
3. Setelah selesai masukkan serbuk jeli yang sudah dimasak ke dalam bekas buah buahan tersebut kemudian letak ke dalam peti sejuk sehingga keras.

Buah buahan yang diasingkan Airnya

Serbuk Jeli yg dimasakkan dan diletakkan di dalam bekas buah


Cara-cara buat topping 

1. Masukkan 1 tin susu cair, 1 sudu besar gula dan 1 sudu tepung kastard. Kacau sehingga pekat tanpa berhenti. Pastikan api slow sahaja.


 Topping puding

2. Kemudian setelah selesai masak. Masukkan topping tadi ke dalam bekas buah buahan, dan masukkan ke dalam peti sejuk, supaya ia menjadi lebih pekat.. 


Puding buah buahan

Ok. Siap sudah resepi puding buah sy.. Selamat mencuba.

To be continue
Part 6

Sebarang Pertanyaan mengenai produk shaklee blh Pm di
 Fb Wardaton Yahya @ Whatapp 017 5256987

Pengedar Sah Shaklee Id 1086640
Area Pengkalan Hulu, Baling,Gerik, Ipoh. Luar kawasan akan di pos by Pos Laju

Tiada ulasan:

Catat Ulasan